Friday 29 March 2013

Professionalism #1

Kita sering percaya dengan stigma "matang mengikut usia". Saya juga percaya dengan stigma ini. Akan tetapi, perkara ini menjadi samar-samar apabila wujud golongan yang sudah meningkat usia tetapi masih menunjukkan sikap yang tidak menggambarkan mereka "matang". Saya lebih suka mengaitkan dengan sikap kritik-mengkritik dan kutuk-mengutuk masyarakat kini.

Bukan saya hendak mengatakan perkara ini salah kerana saya pun tidak menafikan keperluan mengkritik dalam membina jati diri dan prestasi seseorang. Namun, perkara ini menjadi salah dan tidak dipersetujui apabila mengkritik tanpa sebarang bukti dan fakta yang sahih. 

Kita perlu bersikap rasional dan profesional, baru lah kita boleh digelar matang sejajar dengan peningkatan usia. Jangan jadi seperti Pak Kaduk, menang sorak kampung tergadai. Malah Si Lebai Malang yang tamak akan rezeki, akhirnya pulang tanpa seurat benang. Ini bukan kisah si pungguk yang merindukan bulan, malah jentayu yang merindukan hujan. Tetapi ini amat untuk mereka yang ingin beringat.

Selamat beramal
Sekian terima kasih