Wednesday 17 April 2013

Bisikan Kalbu

Di suatu sudut di dalam kelas, saya terfikir. Apa sebenarnya yang diperlukan oleh manusia untuk melakukan sesuatu perkara? Saya yakin, jawapan yang ada dalam fikiran anda adalah diri kita sendiri. Kalau kita tidak ingin berubah, jadi tiada apa-apa yang akan berlaku. Dan saya pasti anda akan menyokong dengan kenyataan ini dengan firman Allah, bahawa "Allah tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum melainkan diri mereka sendiri".

Pada awalnya, kita mungkin akan terus percaya dengan ayat-ayat yang disokong dengan firman tuhan. Tetapi kita perlu lebih realistik dalam dunia ini kerana kalau begitu kita tidak perlu lakukan apa-apa sebab segala-galanya bermula daripada tuhan dan biar lah tuhan yang menentukannya.

Oleh itu, saya mula terfikir adakah benar atau tidak kita perlukan perangsang untuk melakukan tindakan? Dan jawapannya adalah ya.

Saya suka mengaitkan penulisan kali ini dengan beberapa situasi yang logik seperti seseorang itu lupa tentang sesuatu perkara dan ada orang lain yang tolong mengingatkannya. Contoh lain, seseorang itu tidak bersemangat dan ada orang cuba menasihati dia supaya semangat itu dilahirkan.

Apa yang cuba disampaikan dengan 2 contoh tersebut ialah kita tidak boleh hidup seorang diri dan kita perlukan perangsang dalam hidup ini untuk melakukan sesuatu perkara.

Sebenarnya, semua kenyataan di atas adalah muqaddimah dan gambaran kepada satu ayat.

"i need you...520 ><"